Alat aras jongkit

 

Pelarasan tetap
 
Klik pada bahagian alat untuk keterangan lanjut

Alat aras jongkit

 

 Ujian

Di atas tanah yang rata tandakan dua piket, A dan B kedua-duanya berjarak maksimum 60m. Katakan jarak ini sebagai L meter.

Dirikan alat aras atas piket C, agar berada  di tengah-tengah antara piket A dan B dan aras alat dengan cermat.

Dirikan staf aras pada setiap piket mengikut giliran dan dapatkan bacaan S1 dan S2 ( lihat rajah sebelah )

Anjakkan alat aras di D, sebaik-baiknya berjarak L/10 m daripada piket B. Ambil bacaan staf S3 di B dan bacaan S4 di A. Beza ketara dalam ketinggian antara A dan B daripada ( S3 - S4 ).

Jika pelarasan itu baik, maka :
( S1 - S2 ) = ( S3 - S4 ). Jika terdapat sebarang perbezaan antara nilai ketara dan sebenar, ia terjadi dalam jarak L meter dan kerana itu, selisih kolimatan (e):
(e) = ( S1 - S2 ) - ( S3 - S4 )m per L meter

Jika selisih didapati kurang daripada + 3mm per 60 m, alat aras tidak perlu pelarasan. Sebaliknya, sesuatu bacaan yang di ambil mesti di cerap pada jarak yang sama atau pendek supaya selisih kolimatan dapat dihapuskan atau diabaikan.

Untuk melaraskan alat di titik D, bacaan yang sepatut didapati di A, S'4, di hitung daripada 
          S'4  = S4 - 66/60e
Semakan terhadap bacaan ini diperolehi dengan menghitung S'3 dan bandingkan ( S'3 - S'4 ) dengan nilai beza ketinggian yang sebenar.

 

 

 

 

 

 


Pengenalan
Ujian ini adalah untuk mempastikan samada paksi tiub gelembung selari dengan paksi teropong supaya gelembung memusat apabila garis pandangan dalam keadaan ufuk.Ujian ini dinamakan Ujian Dua Piket.

 

 

 

 

 

 

Ujian 2 piket




 

 


Alat aras masih berada di piket D dan bacaan staf S4 di a, skru jongkit dilaraskan sehingga bacaan S'4 diperolehi. Ini menyebabkan gelembung udara terkeluar daripada kedudukan tengah-tengah tiub. Gelembung ini dibawa semula ke kedudukan asal dengan melaraskan skru kapstan tiub gelembung dengan menggunakan sepana kecil.

Ujian harus diulangi untuk memastikan pelarasan telah berjaya.